Tuesday, February 8, 2011

Kisah benar cerita-cerita hantu

Banyak sangat sudah di dengar cerita-cerita orang bertemu makhluk yang kita tidak tahu mana asal usul mereka. Memanglah mereka wujud, kerana kita wajib percaya tentang jin dan syaitan. Itu semua ada dalam Quran. Makhluk yang kita tahu yang telah bersumpah akan menganggu cucu cicit Adam.
Itu semua orang sudah maklum. Tidak usahlah pula aku nak melalut di sini. Dah berlambak di luar sana ustaz dan ustazah yang lebih arif dan bertauliah untuk berceramah.

Di sini aku cuma nak cerita sikit-sikit tentang pengalaman aku sendiri terserempak dengan situasi yang jelas bertembung dengan hantu, dan juga kisah2 yang di alami oleh mereka yang rapat dengan aku. Mungkin dari mulut sedara mara dan kawan2 rapat.

Tapi anda jangan pula salah faham. Cerita-cerita bertembung dengan makhluk2 ghaib ni bukanlah bermakna harus mengerikan...malah ada yang melucukan...Aku akan ceritakan secara rawak bila ianya berlaku...seingat akulah yang tua bangka ni....ingatan pun selalu lupa2...

Tahun 1996....di Johor :